Seorang lelaki Cina yang mengubah kereta Nissan lamanya menjadi sebuah Lambourghini yang menarik perhatian ramai telah dirampas oleh polis ketika dalam perjalanan pertamanya.
Liu Yuandong, dari Kunming, di barat daya wilayah Yunnan China, telah membelanjakan lebih daripada £8,000 (RM39,390) untuk transformasi itu.
Tetapi dia diberhentikan oleh polis beberapa minit selepas membawa “kereta sports” itu untuk perjalanan pertamanya sekeliling bandar.
Jurucakap polis Pu Weiping berkata: “Keretanya tidak berdaftar, dan tidak patut dipandu atas jalan.
“Kereta itu kelihatan seperti dipasang secara kasar dan kami khuatir ia tidak memenuhi piawaian kesihatan dan keselamatan.”
Kereta itu kini ditahan oleh polis trafik tempatan yang akan membuat keputusan sama ada hendak mengembalikan kereta itu kepada Liu atau tidak selepas pemeriksaan menyeluruh.
Sumber: http://mynewshub.my
from me: perghh terbaik lh orang ni convert kereta nissan pg lambourghini...cuba byg kan dia convert pla kereta Malaysia ni apa jdnya....ni lh di katakan orang yg berinovasi
2 comments:
semmat laa..
polis tu bkn apa, dia mo mntak tukar keta polis p Lambo jgk tu..
ahahaha..
dia jeles tu.. Hahaha..
Post a Comment