Showing posts with label U should know. Show all posts
Showing posts with label U should know. Show all posts

Thursday, July 12, 2012

Blogwalking

masa aq blogwalking td.....
terdetik lh kunun mencari balik kenangan aq masa di skull..
Biarpn program ni sudah 6 tahun berlalu aq still ingt...
Program ni berjaya juga masuk dlm Malaysia Book record on 31 July 2006...
Masa 2 aq dpt kumpul juga sebanyak 0.7kg n pengumpul ke 5 terbanyak....
so amat berbangga n bertuah dpt tolong skull aq untuk achieve Malaysia Book Record..
target skull aq juz 84Kg but kami berjaya kumpul 99KG..kurang 1kg lg untuk 100kg....
yang aq x percaya aq blh kea interview oleh wartawan..masa 2 fikiran still budak lg so gembira lh kunun
nasib ada juga bukti yg kami kumpul ni hahahaha.....
picture credit to http://little-innocent-gangster.blogspot.com
owner blogger ni pun salah satu pengumpul terbanyak utk program ni....


My Name tersenarai



Thursday, June 21, 2012

#10 best thing at KK

Semua ada di KK....
aikkk cosmopoint lh ni membuatkan aq makin rindu d kk....
apa yang ada d kk xda d KeHell
so memandangkan aq hbs study uda...
so x sabar balik lh kunun
hope 08 August ni konfom lh aq balikkk....
so apa yg best kunun d kk sampai aq rindu bangat dengan negeri dibawah bayu ni


1. YoYo


my feveret drink if lepak2 di cp hahaahha..
kl ada pn juz share tea n chatime....
mana blh challenge dgn YoYo juga


2. Fook Yuen


tempat aq sarapan n lepak petang...
if d kL ada juga tp old town
kelebihan dia ofcozz lh murah hahaha
minta milo ais kau2 tabur....nyummy


3. Tg Aru Beach


tempat aq release otakkk
then tempat lepak sambil mkn sayap ayam minum jus buah..
makan jeruk...kacang n jagung rebussss....
KL manada pantaiii so such the borinkkk 


4. Seafood Bakar


Kalo d kk konfom mkn ikan bakar....
udang n sotongg...lokasi biasa lh di Pasar malam segama kalo mo mkn murah
mo makan D KL....jgn harap lh kalo xda duit yang byk..
then susah mo cari lohhh hahaha

5. Lato


Ulam feveret aq...with ikan bakar lg wouuu
mmg terbaeekkk....
hanya di kk jak blh dpt mkn ulam begini....


6. Kuih Cakoi


salah satu feveret kuih aq juga kalo d kk...
kL mmg ada but  chinesse restoren only can buy...
so x berani lh hihihi


7. Tausa Piang


kuih ni pun only can get di sabah....
KL yg besar pun xda kuih mcm ni..if aq blk kk konfom aq tapau bawa blk 


8. Kuih Cincin


Kuih ni pn only can get d sabah or kk...
kuih traditional smpai kawan2 aq dr kL pn minta kirim


9. waterfront KK


tempat lepak malam if aq keluar lepak d kk...
paling best dtg sana dpt mkn ikan grill dan yong tau fu...


10. Upperstar cafe 


tempat lepak juga...Tiramisu+ Cappucino mmg terbaekk 
other order mesti lh chicken chop hahahaha



Picture credit to google

Saturday, February 18, 2012

KiTaRa

Sepa pernah dgr ni gitar KITARA....
semat pla di tgk....
almaklum dunia skg makin maju seiring dgn era Iphone yg ada autotune
so ada lh jg alat muzik yg main2 touch jak without petik string...juz tekan cord gitar keluar bunyi..
KITARA ni ada 100 jenis bunyi yg blh diubah2..WOW....
tp harga pun boleh tahan mcm harga yuran aq 1 SEmester di kolej....
mo tau berapa jgn jak natagak jantung ahahahahaha.....

KITARA PRICE:£3,200= (RM9,660) 

KITARA


Friday, July 22, 2011

SupRa Shoe Pig Skin

wahhhh sepa tau kasut supra....
alah yg JUSTIN BIEBER pakai selalu 2.....
terkejut juga aq td masa aq di Time Square...
time 2 aq masuk lh kedai Skate.....mo tgk baju n tgk kasut Vans.....
sekali terlihat lh Kasut Supra yg feymes.....
DI TULIS BESAR2 lg  PIG SKIN hohohoho.....
nasib lh aq x terpegang...........kalo nda mmg kena samak......
so kepada all MUSLIM 2 berhati2 kepada Kasut SUPRA yg kamu beli.....
make sure tanya dulu dgn pekerja kedai 2....samada PIG skin or other SKIN......


credit to google

Saturday, June 18, 2011

DANGER!!!!!

info:ada rumours meyatakan bahawa blog2 kita akan di hack oleh orang yg x bertanggungjawab....adakah rumour ni betul ataupun rekaan semata2...so jom kita check blog kita samaada dlm list 2........



untuk Carian Mudah Tekan CTRL+F dan taipkan url anda

Thursday, June 16, 2011

HP Sauce, Tabasco Pepper Sauce mengandungi DNA babi

KUALA LUMPUR 15 Jun - Semua pemegang dan pemohon baru Sijil Halal Malaysia yang menggunakan produk HP Sauce dan Tabasco Pepper Sauce diarahkan menukarnya kepada produk lain yang memiliki sijil halal berikutan penemuan asid deoksiribonukleik (DNA) babi dalam produk berkenaan.
Menurut Pengarah Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Sazali Harun, mereka juga diminta melakukan proses samak dan mengemukakan bukti surat akuan samak daripada Jabatan Agama Islam Negeri masing-masing kepada Jakim.
"Jakim sebelum ini telah mengambil sampel produk tersebut dan keputusan Jabatan Kimia Malaysia mengesahkan terdapat DNA babi di dalamnya.
"Mereka juga dikehendaki untuk mengemukakan resit pembelian produk baru kepada pihak kami," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Dalam kenyataan yang berasingan, beliau turut memberitahu, Sijil Pengesahan Halal Malaysia bagi Syarikat Lucky Food Processing Sdn. Bhd., ditarik balik berkuat kuasa serta-merta berikutan penemuan DNA babi dalam produk Chicken Burger Patties dan Chicken Taiwan Sausage keluarannya.
Penarikan sijil halal terhadap syarikat tersebut dilakukan berdasarkan keputusan mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia yang diadakan pada 22 April lalu.




Sumber:utusan Malaysia

Saturday, April 23, 2011

betulkah STARbUCK Haram

adakah ini benar???? . STARBUCK telah disahkan haram oleh JAKIM.
 Berikut di bawah penjelasannya, 
Please note that all chocolate, vanilla and coffee drinks at Coffee Bean and Starbuck 
contains E471 (Emulsifier 471)


mono di-glycefideswhich is from animal origin (pork).


Raspberry Frap uses cherries that has been dip n alcohol 


the tiramisu contains RUM


Ihsan google

ihsan google




Please pass this message toour muslim friends. 


aq pn xtau mo ckp apa.....betul kah tidak berita ni....hanya TUHAN saja Tahu.......
coz aq pn selalu jg lepak coffee bean n starbuck....lepak on9..hohohoo....so sama2 jak kita cr jawapan...

Monday, April 18, 2011

Berita Terkini

BERITA TERKINI UNTUK BLOGGER BLOGSPOT... GOOGLE AKAN PADAM AKAUN ANDA!!

maklumat yang terkini yg baru diterima bahawa terdapatnya maklumat yang mengatakan bahawa GOOGLE AKAN MEMADAMKAN AKAUN PENGGUNA YANG TIDAK MEMILIKI AKAUN GOOGLE~!!

Berita ini WAJIB di ambil perhatian untuk blogger yang mendaftar akaun mereka di blogspot dengan email selain Gmail seperti Yahoo ataupun lain-lain supaya cepat-cepat untuk menukar email mereka kepada Gmail. Tutorial mengenainya boleh didapati di blog otai SEO blogger Malaysia, Kujie.com

Berikut adalah petikan yang diperolehi daripada blogger Amanz.my :
Selepas hampir 8 tahun membeli perkhidmatan blog percuma, Blogger, kini Google mengumumkan yang mana mereka akan menghentikan sokongan untuk pendaftaran masuk ke akaun Blogger menggunakan akaun selain daripada akaun Google. Perkara ini akan dilaksanakan pada 25 Jun kelak, memberikan para pengguna yang masih belum beralih ke akaun Google sedikit masa untuk beralih – petikan dari Amanz.my.
Jadi adalah dinasihatkan kepada para blogger yang mendaftar di blogspot dengan menggunakan akaun Yahoo ataupun lain lain untuk SEGERA bertukar ke akaun Google. Tarikh akhir perlaksanaan pemberhentian sokongan ini adalah pada 25 Jun 2011

Makanya, apa yang anda sekalian tunggu lagi?? Cepat-cepatlah tukarkan akaun blog anda ke Google. Lawati Denaihati.Com untuk maklumat lanjut...

Ada sedikit penambahan...sila rujuk artikel ini... http://buzz.blogger.com/2011/04/important-note-about-legacy-accounts.html ...dalam artikel tersebut Google telah mengatakan bahawa mereka tidak akan support sebarang Akaun Blogger baru yang tidak menggunakan Google Account selepas 25 Jun 2011... Dan bagi pengguna yang menggunakan akaun selain Google tetapi tidak aktif selepas 2007, maka blog mereka akan diremove/dipadamkan...

Friday, April 15, 2011

The Best Anti-Virus 2011

Tahu kah anda...
Setiap Lappy or pc yg kita guna ada software antivirus....so kali ni N3 aq pasal the suitable Anti virus yg patut kita pasang...

2011 Anti-Virus Software Report by Ranking

1.BitDefender Anti-Virus
2.Karspersky Anti-Virus
3.Webroot Anti-Virus
4.Norton Anti-Virus
5.Eset no32 Anti-Virus
6.AVG Anti-Virus
7.G Data Anti-Virus
8.Avira Anti-Virus
9.Vipre Anti-Virus
10.Trend Micro Anti-Virus

so di sini aq mmg pakai Bitdefender Anti-Virus 2010....
mmg bagus....bukan pa lh....tp ni cuma pandangan aq ..
yg aq tau...kita perlukan sesuatu yg terbaik utk lappy or pc kita kan...
so aq syor kan pakai BITDEFENDER ANTIVIRUS


Bitdefender anti virus...
Harga skg RM69.00


Bitdefender internet security
harga:RM89.00

So sepa2 yg berada di KL or Selangor jom pg 
PC fair yg bermula hari ni smpai 17 April 2011...
BitDefender buat promotion Beli 1 percuma 1 setiap pembelian

Friday, February 11, 2011

SuGaR gLiDeR @ SuGi

Uyo lama uda aq x tulis entrii..pa xnya bz dgn assigment..sori lh wahai blog ku....hehehe..

ihsan pacik Google

kali ni entrii aq pasal Sugar Glider..sepa tau ni pets??aq mo cerita pasal pets ni skit..pa x nya rumah ku skg ni mcm jadi mini zoo uda...baru2 ni housemate aq beli pets ni..hehehe siap ada nama lg si SAOSIN..kiut ohh ni pets..aq suka pgg n main ma ni Pets...kwn aq ckp SAOSIN masi kecik lg..belum besar hehehe....dlm 6 bulan lg dia membesar lh..hehehe..so kena tggu lh..bru dia blh terbang2....

ihsan Pacik Google

Sedikit info PETS ni

The sugar glider is a marsupial which is native to eastern and northern mainland Australia (as well as being introduced to Tasmania, Australia), and is also native to New Guinea and the Bismarck Archipelago.

Habitat

Sugar gliders can be found all throughout the northern and eastern parts of mainland Australia, along with the surrounding islands of Tasmania, Papua New Guinea, and Indonesia. They can be found in any forest where there is food supply but are commonly found in forests with eucalyptus trees. They are nocturnal, meaning they sleep in their nests during the day and are active at night. At night, they hunt for insects and small vertebrates and feed on the sweet sap of certain species of eucalyptus, acacia and gum trees. The Sugar Glider is named for its preference for nectarous foods and its ability to glide through the air, much like a flying squirrel.
When suitable habitats are present, sugar gliders can be seen 1 per 1,000 square meters provided that there are tree hollows available for shelter. They live in groups of up to seven adults, plus the current season's young, all sharing a nest and defending their territory, an example of helping at the nest. A dominant adult male will mark his territory and members of the group with saliva and a scent produced by separate glands on the forehead and chest. Intruders who lack the appropriate scent marking are expelled violently.

Credit by: Wikipedia....

Saturday, January 29, 2011

LIMAU MANDARIN/TANGERINE

Limau mandarin cukup sinonim dengan perayaan Tahun Baru Cina. Rasanya sedap dan manis sekali. Pokoknya sederhana tinggi dan rendang dengan daunnya berwarna hijau pekat dan bunganya berwarna putih serta berbau wangi.
Biasanya limau mandarin berukuran 6-8cm bergantung kepada varieti. Terdapat banyak variasi termasuk tangerine, clementine, dancy dan satsuma.
Limau Tangerine dimana kulitnya mudah dikupas manakala tangor pula kacukan limau mandarin dan oren yang dikenali sebagai limau tokong dimana kulitnya nipis, mudah dikupas dan isinya pucat sedikit. Kebanyakan limau mandarin yang ditinkan adalah dari varieti Satsuma.
Khasiat yang ada di dalam limau mandarin, kandungan Vitamin C yang tinggi dikatakan mampu melindungi tubuh dari serangan kanser, merangsang pengaliran darah dan mempercepatkan kesembuhan luka dalaman dan luaran. Nilai kalsium yg tinggi pula menguatkan gigi dan amat mujarab meningkatkan ketahan badan terutama tulang dari ancaman penyakit pereputan gigi dan osteoporosis.
Vitamin B pula merupakan sumber utama mencegah kecacatan bayi dalam kandungan dan melawan penyakit jantung. Serat tinggi yg larut dlm air dinamakan pektin telah dibuktikan mampu menahan rasa lapar disamping dapat mengurangkan tahap kolesterol dalam darah maka sering menjadi pilihan bagi produk pelangsingan badan.
Antioksida dapat melindungi kulit dari bahan radikal bebas justeru melambatkan proses penuaan. Jus limau mandarin dikatakan mampu mengubat asma, tuberkulosis, demam, penyakit bronkitis dengan merangsang saline dalam paru-paru untuk melegakan dan mengeluarkan kahak berlebihan dan melindungi paru-paru dari dijangkiti virus semula. Mujarab mengatasi masalah penghadaman terutama sembelit dan kronik dispepsia.
limau mandarin menjadi simbol kekayaan bagi masyarakat Cina dimana dijadikan buah tangan ketika berziarah dalam perayaan Tahun Baru Cina. Ramuan utama dalam kosmetik dan penjagaan wajah terutama losyen jerawat.

DuRiAn BELANDA

Khasiat Durian Belanda



Di Jamaica, Haiti dan India Barat, buahnya dan air perahan Durian Belanda diminum sebagai ubat demam, membunuh cacing di perut kanan-kanak dan ubat cirit-birit.

Khasiat Durian Belanda

RAMAI yang tidak tahu batang, akar, biji dan buah durian belanda (annona muricata, keluarga annona) mempunyai banyak khasiat untuk kegunaan perubatan tradisional dan moden.

Kajian Universiti Hawaii dan Universiti Purdue mendapati durian belanda yang buahnya berkulit lembut,durinya agak jarang yang tidak tajam, mampu merawat dan mengelakkan seseorang daripada mendapat kanser dan menyuburkan pasangan yang inginkan zuriat.

Penduduk di banjaran Andes, Peru,membuat serbuk teh daripada daunnya untuk mengubati sakit kerongkong. Bijinya ditumbuk halus khusus untuk membunuh parasit di dalam tubuh manusia seperti cacing.

Sementara penduduk Amazon menggunakan bahagian akar, kulit dan daunnya,dipercayai boleh mengubati kencing manis. Begitu juga, suku Orang Asli di Guyana membuat serbuk teh daripada daun dan kulit pokoknya untuk dijadikan tonik minuman bagi membantu mengatasi masalah jantung dan penyakit hati.

Mereka juga mendapatkan minyak daripada daunnya atau buahnya yang masih muda lalu dicampurkan dengan minyak zaitun untuk kegunaan luaran bagi mengatasi masalah sakit sendi dan sengal-sengal anggota tubuh.

Di Jamaica, Haiti dan India Barat, buahnya dan air perahan durian belanda diminum sebagai ubat demam, membunuh cacing di perut kanan-kanak dan ubat cirit-birit.

Kulit pokok ini juga dipercayai sesuai untuk membantu mengubati penyakit jantung dan batuk di samping membantu mengembalikan kesuburan pasangan yang sukar mendapatkan anak.

Kegunaan lain ialah sebagai ubat malaria dan ulser perut. Khusus bagi ibu yang baru melahirkan anak, wanita Suku Asli Guyana digalakkan meminum jus atau memakan terus buahnya bagi meningkatkan pengeluaran susu badan di samping mengelakkan masalah ketegangan.

Dari segi perubatan moden, kajian kedua-dua universiti mendapati, bahan yang terkandung di dalam buah durian belanda ini boleh digunakan sebagai aktibakteria, antikanser,antitumor, astrigen dan penyakit saraf. Durian belanda mengandungi bahan amyloid, asid sitrik, fruktosa, manganese,sukrosa, reticuline dan tannin .





Ihsan:lidah buaya Blogspot

Monday, January 24, 2011

LEMON


khasiat lemon,lemon benefit
Jus limau dapat melegakan gingivitis, stomatitis , dan keradangan lidah.


* Lemon adalah buah sitrus, yang boleh melawan jangkitan.Lemon membantu dalam pengeluaran WBC dan antibodi-antibodi dalam darah yang melawan mikroorganisma dan mencegah jangkitan.

APPLE.......NYUM2

khasiat buah epalMemakan sebiji epal atau meminum jusnya setiap hari sudah cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolesterol dalam badan.


Antara Khasiat yang terdapat dalam Epal ialah:-

1) Mengandungi serat yang tinggi dan antioksidan seperti flavonoid, betakarotena dan fitokimia.Selain itu, ia juga mengandungi vitamin C, vitamin A dan vitamin B kompleks.

2) Kandungan agen antioksidan yg terdapat dalam epal mampu menentang radikal bebas serta dapat melambatkan proses penuaan yang menyebabkan kulit wajah cepat berkedut.Ia juga memperbaiki tekstur kulit wajah dengan memperbaharui sel-sel kulit dengan segera. Purata air lebih kurang 115.82 gram yang terkandung dalam sebiji epal juga dapat melembapkan kulit yg kering.

3) Dalam pada itu, fitokimia yang dijumpai dalam epal bukan sahaja membantu menghalang salur darah daripada tersumbat(penting untuk menghalang sakit jantung) malah ia juga menghalang sel kanser daripada merebak ke seluruh badan untuk keadaan tertentu.

4) TIP PENTING!!!Jangan biarkan epal terdedah lama selepas dipotong kerana ia boleh menyebabkan antioksidan mudah terbebas ke udara sebaik sahaja epal dipotong.

5)Epal mengandungi kandungan serat dan kalori yang tinggi penting dalam membantu proses mengawal berat badan. Serat dapat melambatkan kita dari berasa lapar manakala kalori pula dapat memberikan kita tenaga.

6)Kandungan kolestrol serta lemak tidak terdapat dalam epal.Sesiapa yang
hendak berdiet,epal sesuai menjadi snek terbaik untuk mengalas perut dan juga membantu menguruskan badan .


Memakan sebiji epal atau meminum jusnya setiap hari sudah cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolesterol dalam badan.

Kajian menunjukkan, epal mengandungi elemen kesihatan phytonutrient yang boleh melambatkan pengoksidan kolesterol yang tidak baik - satu proses yang berperanan dalam pertumbuhan penyakit jantung.

Kanak- kanak yang memakan makanan segera dan kemudian memakan epal atau meminum jusnya, ia sebenarnya menyeimbangkan kandungan zat dan mencegah pembentukan lemak dalam badan.

Lagi Khasiat Epal


-Sebiji epal sehari memberi anda sejumlah lima gram serat.
-Epal Mengandungi anti oksidan yang menurunkan risiko masalah jantung dan barah.
-Epal Membantu kesihatan membran paru-paru.
-Epal Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.
-Epal Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.
-Epal Membantu mengekalkan berat badan.

buah epal,apple,khasiat epalBuah Epal banyak Khasiatnya.Buah epal juga memiliki kandungan tanin. Tanin adalah zat yang berfungsi membersihkan dan menyegarkan mulut, sehingga dapat mencegah kerusakan gigi dan penyakit gusi.

Kandungan Vitamin Dan Mineral Dalam Epal

KARBOHIDRAT
LEMAK 
PROTIEN
VITAMIN B1 - TIAMINA
VITAMIN B2 - RIBOVLAVIN
VITAMIN B3 - NIASIN 
VITAMIN B5 - ASID PANTOTENIK
VITAMIN B6 - PYRIDOXIN
VITAMIN B9 - ASID FOLIK
VITAMIN C
FERUM
FOSFORUS
KALIUM
KALSIUM & MAGNESIUM
ZINK
TANIN
BARON
FLAVOID
ASAM D-GLUCARIC
QUERCETIN
ASAM TARTAR

Di dalam buah epal terdapat baron. Apakah baron itu? Baron berfungsi mempertahankan jumlah estrogen dalam tubuh seorang wanita.

Salah satu kandungan buah epal yang baik untuk menjegah penyakit adalah flavoid. Flavoid merupakan zat yang berfungsi menurunkan risiko kanser.

Asam D-glucaric yang terkandung di dalam epal merupakan zat yang dapat menurunkan kadar kolesterol.

Quercetin merupakan zat yang diperlukan untuk meningkatkan kadar antioksidan sehingga tubuh terasa lebih sihat dan mencegah berbagai penyakit. Buah epal mengandung zat quercetin.

Di dalam sebiji epal juga terdapat asam tartar. Asam tartar dapat menyihatkan saluran pencernaan, karena zat ini mampu membunuh bakteria yang terdapat dalam saluran pencernaan.

kredit- honeyapple3

p/s Jadi jom kita makan Epal..hehe..Epal banyak Khasiatnya..

Sunday, January 23, 2011

KeSeLaMaTan...

tips kali ini lebih kepada KESELAMATAN

kenapa kita perlu menggunakan beg yang bukan beg kamera?

kamera seperti DSLR adalah sesuatu gajet yang mahal.. paling murah pun masih dalam lingkungan 2 ribu ringgit ( sebulan gaji) jadi amat2 lah penting untuk kita menjaga dengan baik terutama semasa keluar berjalan-jalan atau menangkap gambar..pasti akan ada MATA yang memandang dan memerhatikan kita dari jauh dan sedia untuk mengambil kesempatan terhadap kita apabila kita lalai.

jadi semasa berjalan-jalan tidak perlu lah tayangkan pada orang ramai yang kita membawa kamera mahal kerana bila-bila masa kita akan diekori dan dirompak..ia pernah berlaku dan sebagai keselamatan saya mensarankan kepada anda untuk menggunakan beg yang bukan beg kamera. sekurang-kurangnya orang tidak akan tahu dan keliru..

anda boleh gunakan apa jua beg sandang atau beg bimbit yang boleh memuatkan kamera anda. sebagai contoh:


semoga nasihat ini bermanfaat.. =)

Monday, January 17, 2011

PERBANDINGAN ANTARA PERFUME ORIGINAL DAN PERFUME TIRUAN

Ramai di antara pengguna tidak dapat membezakan sama ada perfume yang dijual itu original atau tiruan. Kebanyakan mereka yang menjual perfume di internet mahupun di luar boleh meletakkan perkataan 'ORIGINAL' dengan sesuka hati. Sebenarnya agak sukar juga untuk membezakannya kerana pengeluar barang-barang tiruan amat bijak serta mempunyai teknik dan peralatan digital moden serba canggih yang boleh menghasilkan cetakan yang baik. Mereka mampu menghasilkan replika yang hampir serupa dengan perfume berjenama terkenal seluruh dunia dalam pasaran hari ini. Jika dilihat secara kasar, perfume tiruan mempunyai nama dan bentuk tulisan yang sama dengan perfume original, botol yang hampir sama serta kotak dan bau yang hampir serupa. Ia boleh didapati daripada pengedar dengan harga yang terlalu murah atau lebih teruk, harganya sama dengan yang original. Sebagai pengguna anda mungkin tidak pasti atau tidak tahu langsung bahawa perfume tersebut adalah tiruan. Jadi berhati-hati. Penghasilan dan penjualan barangan tiruan adalah masalah yang dihadapi di seluruh dunia. Berjuta-juta barangan cetak rompak dikeluarkan dan dijual setiap tahun. Dianggarkan lebih 10% perfume di dalam pasaran adalah tiruan.

RISIKO KESIHATAN
Perfume tiruan tidak menjalani ujian standard keselamatan yang dimestikan kepada semua produk kosmetik seluruh dunia. Untuk mendapatkan harga yang murah, sudah tentulah kandungannya juga mengandungi bahan-bahan yang murah dan akan menyebabkan alahan kepada pengguna yang mempunyai kulit yang sensitif dan mungkin juga boleh meninggalkan kesan kecacatan yang nyata.

BERHATI-HATI DENGAN STOK LAPUK ATAU SUDAH ROSAK
Perfume boleh rosak. Jangka masa untuk ia rosak bergantung kepada suhu, cahaya dan lama ia disimpan. Kadangkala apabila sesuatu kedai yang menjual perfume ditutup, mereka menjual stok perfume mereka yang sudah lama. Perfume-perfume yang sudah lapuk ini biasanya dijual di laman lelongan, kedai-kedai diskaun pada harga yang sangat-sangat murah. Jangan tertipu. Sentiasa pastikan yang penjual menjual perfume yang masih segar(baru), bukan stok lama.

Bagaimana anda boleh mengenalpasti bahawa ia adalah perfume tiruan atau original? Di sini kami akan memberikan tips mudah bagaimana untuk membezakan antara perfume original dan tiruan. 20 perkara yang harus diambil perhatian:

1. Pastikan penjual mempunyai reputasi dan dipercayai.
2. Pembungkusan. Semak kualiti pembungkusan seperti kotak dan rasa ketebalan dan kejelasan tulisannya. Perfume yang original tulisan brand perfume itu tidak pudar dan hilang walaupun sudah lama dipakai. Cuba rasa dengan jari tulisan adalah timbul dan bukan dicop. Walaupun kadangkala cara begini bukan boleh dijadikan ukuran, tetapi biasanya perfume yang original mempunyai kualiti pembungkusan yang sangat bagus.
3. Semak tanda-tanda gam berlebihan untuk melekatkan kotak dan sebagainya sebab perfume original tiada lebihan gam. Pembungkusannya amat teliti.
4. Kotak luaran. Semak kualiti dan bahan yang digunakan - ketebalan dan warna - tanda-tanda lipatan dan pinggiran kotak tersebut.
5. Cetakan. Semak informasi yang dicetak pada luaran kotak. Saiz, Negara ia dikeluarkan, salah ejaan, logo dan cap dagang (trademark). Semak cara cetakan - biasanya diembos dan mempunyai kualiti cetakan yang sangat berkualiti dan biasanya sticker berwarna lutsinar, perak atau tulisan berwarna keemasan, perak dan hitam.
6. Semak Nombor Batch.
7. Dalam kotak. Semak kualiti keseluruhan bahan digunakan. Warna dan saiz.
8. Bentuk botol. Semak kualiti keseluruhan botol. Tinggi, lebar dan design dan bentuk botol. Botol yang original
adalah solid.
9. Kaca botol. Semak keseluruhan kualiti. Ketebalan, kejelasan, bentuk. Kaca botol yang original adalah tebal....
10.Tudung botol. Semak saiz, warna dan bentuk.
11.Kepala penyembur. Semak kualiti keseluruhan, warna dan kehalusan atau kelicinan semasa membuat semburan.
12.Tiub dalaman penyembur. Semak kualiti. Ketebalan, panjang dan warna.
13.Label botol (utama). Semak kualiti cetakan, saiz, reka letak dan cari untuk bentuk yang diembos.
14.Label bawah. Semak kualiti cetakan, saiz dan informasi yang tepat.
15.Bar Code. Semak nombor, saiz dan sama ada ia boleh discan.
16.Warna perfume. Semak warna perfume sama ada ia konsisten atau pun tidak.
17.Minyak berlebihan. Perfume yang original kurang berminyak.
18.Bau. Semak bau sama ada ia menyenangkan atau pun tidak, kadang-kadang yang tiruan berbau bahan kimia
19.Tahan lebih lama. Cuba untuk beberapa jam. Sepatutnya tahan sekurang-kurangnya 2 hingga 3 jam atau lebih.
20.Tindak balas pada kulit. Semak jika terdapat kegatalan, kemerahan, ruam atau pengelupasan. 21. Semak pada bahagian bawah botol. Biasanya kita akan dapat lihat kualitinya di bahagian bawah botol tersebut seperti tulisan diembos (timbul) dan mempunyai sticker produk.